Ulama keturunan Syarif Abu Bakar Shah
Syeikh Abu Bakar Bin Haji Kasim ( 1931 - 2013 )
Dato' Syeikh Abu Bakar Bin Haji Kasim dilahirkan di Yan Kechil, Kedah pada tanggal 1 Oktober 1931. Beliau merupakan besan kepada Tuan Guru Haji Salleh Bin Musa Sik.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Gurun dan seterusnya melanjutkan pengajian dalam aliran agama di Madrasah Khairiyah, Pokok Sena. Kemudian beliau meneruskan pendidikannya di Sekolah Menengah Agama al-Mashoor, Pulau Pinang. Pada tahun 1954, Syeikh melanjutkan pelajaran ke Mekah. Selepas itu, beliau berlayar pula ke Mesir dan menyambung pendidikannya di Universiti al-Azhar.
Diantara gurunya ialah Tuan Guru Haji Ahmad Bin Tuan Hussien Kedah al-Banjari.
Di Mekah, beliau telah mendirikan rumah tangga bersama Datin Hajah Sofiah Binti Haji Syarif yang diakad nikahkan oleh Syeikh Alwi al-Maliki.
Selepas selesai menuntut ilmu, Syeikh Abu Bakar pulang ke tanah air pada tahun 1963 dan berkhidmat sebagai guru di Maktab Mahmud Alor Setar. Akhirnya beliau dilantik menjadi pengetua di sekolah berkenaan dan meneruskan perkhidmatannya sehingga bersara pada tahun 1986.
Diantara jawatan lain yang pernah disandang beliau sepanjang hayatnya ialah :
1. Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam Kedah
2. Pengerusi Koperasi Pekan Rabu
3. Pengerusi PERKIM Negeri Kedah
Tokoh Guru Peringkat Negeri Kedah dan Tokoh Maal Hijrah ini kerap menyampaikan kuliah agama di Masjid al-Ghufran, Masjid Tuanku Intan Safinaz dan Masjid Kuala Kedah.
Anak keduanya yang terkenal di Kedah ialah Syeikh Alauddin - Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK)
Beliau meninggal dunia pada 16 Mac 2013 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid al-Ghufran, Alor Setar.
Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin
*Sumber - Ustaz Badrul Maktab Mahmud
#KenaliUlamak

Tiada ulasan:
Catat Ulasan